Harvard University tawar 67 pembelajaran dalam talian secara percuma

harvard-university-tawar-67-pembelajaran-dalam-talian-secara-percuma

Massachusetts – Dalam mengharungi pandemik COVID-19, sebuah universiti terkemuka dunia, Harvard University, menawarkan 67 kursus dalam talian percuma bagi mereka yang ingin meluaskan pengetahuan dan menguasai kemahiran baharu, semasa kuarantin diri.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web universiti dan melihat katalog di online-learning.harvard.edu.

Kursus yang ditawarkan adalah sekitar satu hingga 15 minggu, dengan mata pelajaran yang merangkumi pengaturcaraan komputer, kesihatan dan perubatan, sains sosial, sains komputer, seni dan reka bentuk, perniagaan, kemanusiaan dan banyak lagi.

Walaupun kelas adalah percuma, mereka memerlukan komitmen daripada pelajar dalam talian.

Sebaik sahaja memilih subjek, senarai program akan muncul sebagai pilihan, dengan jangka masa, komitmen masa, kadar dan tahap kesukaran yang ditentukan.

Setelah memilih kursus, borang permohonan haruslah diisi untuk mendapatkan akses bahan kursus yang disediakan.

Bagaimanapun, sijil hanya dikeluarkan dengan penyertaan berbayar kira-kira RM550 dalam satu-satu penyertaan. Kelas tanpa sijil dari universiti adalah kekal percuma.

Sejak tercetusnya wabak ini, banyak institusi pendidikan dan syarikat persendirian berusaha untuk memastikan masyarakat terus produktif melalui inisiatif e-pembelajaran percuma.

Antaranya ialah syarikat produk teknologi kamera dan optik, iaitu Nikon yang berpusat di Tokyo, Nikon, yang melancarkan kursus fotografi dalam talian percuma sepanjang April. – 24 April 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *